Sunday, January 12, 2014

PEKERJA BALIK AWAL

Pada kesempatan ini, saya ingin mengajak suatu perbincangan atas tajuk ' Pekerja Balik Awal'. Topik ini agak popular di kalangan majikan. Sering kali kita mendengar keluhan majikan mengenai adanya pekerja mereka yang balik awal. 

Apabila seseorang itu balik lewat tiada sesiapa pun yang peduli ataupun perasaan tetapi jika balik awal seluruh pejabat akan riuh, setiap mata akan mengekori pergerakan seseorang yang balik awal. Kemungkinan plak terserempak dengan boss di pintu keluar pejabat.

Balik awal diberikan persepsi negatif dan pekerja dilabel sebagai telah melakukan suatu dosa besar. Tetapi kalau kita kaji semula daripada sudut keberkesanan dan etika bekerja, selagi semua kerja diselesaikan dalam masa bekerja dan tidak ada yang diabaikan balik awal bukanlah suatu kesalahan malah harus digalakkan supaya pekerja dapat pulang beristirehat untuk menghadapi hari esok.

dan selalu MEMAKSA pekerja untuk bekerja LEBIH MASA bukan MENINGKATKAN tetapi MENURUNKAN EFISENSI. Sepatutnya digalakkan untuk MENYELESAIKAN sesuatu TUGAS dalam MASA BEKERJA terkecuali untuk kes-kes terpencil.

Dr Soul 

Sunday, July 28, 2013

KEMURUNGAN

APA ITU KEMURUNGAN ??


  • Bukan kesedihan sementara
  • Tidak boleh ditamatkan sendiri / dihilangkan dengan keinginan sahaja
  • Jika tidak dirawat, boleh berpanjangan selama beberapa tahun
  • Boleh menyebabkan penyakit fizikal serta meningkatkan risiko membunuh diri

TANDA-TANDA KEMURUNGAN

  • Berasa sedih, 'kosong' secara berpanjangan
  • Hilang minat / semangat
  • Mengalami masalah tidur, hilang selera makan, berat badan menurun
  • Tidak dapat menumpukan perhatian
  • Memikirkan tentang mati
  • Mempunyai simptom-simptom seperti sakit kepala, gastrik dan sakit kronik

PUNCA KEMURUNGAN
  • Kecenderungan genetik, penyakit ini boleh diwarisi
  • Memandang rendah terhadap diri sendiri
  • Tekanan dari persekitaran
  • Kejadian yang tidak diingini dalam kehidupan
  • Ketiadaan perhubungan yang memberi sokongan

RAWATAN KEMURUNGAN

  • Individu yang murung boleh mendapat manfaat dari kaunseling
  • Beberapa jenis ubatan boleh digunakan termasuk 'antidepresssamt' oleh pakar psikitris
  • Kesan rawatan adalah tidak nyata serta merta 
  • Terapi elektrokonvalsif berkesan bagi kemurungan yang teruk
  • Jenis psikoterapi tertentu memberi manfaat dalam merawat kemurungan yang kronik

BANTU DIRI ANDA SENDIRI

  • Jangan menetapkan matlamat yang sukar dicapai
  • Jangan memikul terlalu banyak tanggungjawab
  • Pecahkan tugasan besar kepada beberapa bahagian kecil yang mudah diselesaikan
  • Jangan buat keputusan penting ketika mengalami kemurungan
  • Jangan bersetuju dengan fikiran-fikiran negatif anda

BANTU ORANG LAIN YANG MURUNG

  • Bawa dia berjumpa doktor
  • Berikan sokongan, galakan dan dorongan serta nasihat yang rasional
  • Bantu ida menetapkan matlamat yang realistik dan dapat dicapai
  • jangan salahkan diri kerana mengalami penyakit / meminum alcohol
  • Sekiranya dia bercakap tentang mati, maklumkan doktor yang merawat


JANGAN BIARKAN DIRI ANDA DIBELENGGU KEMURUNGAN. CARI PENYELESAIAN. BANTU DRI ANDA



SISTEM PEMADANAN KERJA ORANG KELAINAN UPAYA

Berita baik untuk golongan OKU, terutama yang bermastautin di Daerah Seremban, Negeri Sembilan. Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan terutamanya Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Seremban akan mengadakan temuduga pemadanan kerja bagi membantu golongan OKU untuk melatih dan menyediakan mereka bagi tujuan disarankan mengisi kekosongan kerja-kerja tertentu melalui Program Jon Coaching.

Sehubungan dengan itu, golongan OKU yang berminat dan merasakan diri mereka mampu bekerja, berhubung dengan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Seremban pada talian 06-601 5798 untuk temu janji. Sila berhubung dengan Cik Masni binti Ismail, Penolong Pegawai Psikologi untuk penetapan temu janji. 

Program ini khas untuk mereka yang telah berdaftar dan memiliki Kad OKU. Selain daripada itu, mereka juga hendaklah mampu dan boleh bekerja. Pemadanan kerja ini adalah suatu program sokongan untuk golongan OKU dan merupakan komitmen kerajaan bagi membantu membina jaringan kerjasama dengan syarikat swasta bagi menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan OKU di Negeri Sembilan khasnya dan di Malaysia amnya. 

Walau bagaimanapun, faktor terpenting ialah kesediaan golongan berkenaan untuk membina minda yang positif bagi menghadapi cabaran kehidupan. Setiap orang mempunyai cabaran tersendiri, yang penting ialah pengurusan cabaran tersebut. 

Saturday, July 27, 2013

PEGAWAI PSIKOLOGI

Hubungi Pegawai Psikologi, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah, Daerah Seremban, Negeri Sembilan di talian 06-601 5798 pada hari dan waktu pejabat untuk temu janji. 

Di antara perkhidmatan kami ialah
  • Kaunseling Individu
  • Kaunseling Kelompok
  • Kaunseling Keluarga
  • Kaunseling Komuniti
  • Kaunseling Organisasi
Selain daripada itu, pelajar sekolah atau mana-mana individu yang ingin mengambil Ujian Psikologi tertentu juga boleh menghubungi kami pada talian tertera di atas. 

Anda tertekan, stress, 
Anda kesunyian dan inginkan teman berbual untuk luahkan perasaan,
datang dengan masalah, kembali dengan senyuman..


MUHAMMAD ADNAN BIN ABDULLAH, PMC., PJK.,
Pegawai Psikologi
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah
Daerah Seremban, Negeri Sembilan

Kelulusan

Sarjana Psikologi Kaunseling,
Universiti Kebangsaan Malaysia.

UNIT PSIKOLOGI KAUNSELING, PEJABAT KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH SEREMBAN, N SEMBILAN

Unit Psikologi dan Kaunseling, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah, Daerah Seremban, Negeri Sembilan berlokasi di Tingkat 2, Kompleks Pejabat Kerajaan Seremban 2. 

Beroperasi pada setiap hari di antara jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang daripada Hari Isnin hingga Jumaat. Mereka yang mempunyai hajat untuk untuk mengikuti sesi kaunseling boleh berbuat demikian dengan membuat temu janji dengan menghubungi pegawai kami. 

Anda datang dengan masalah, pulang dengan senyuman !!